Monday 29 September 2008

Orang Tabligh

Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,Yg td segar bugar dah tido terlentang,Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,Heh..betul la kata orang,Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.
Orang Tabligh,Ajak keluar khuruj,bukannya nanti x pulang,Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,nak bayar hutang,Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.
Orang Tabligh,Lorong ke lorong,hati ke hati,pintu ke pintu,Jumpe sumer orang tak pilih bulu,Dari ustaz sampai le kutu,Sume nak ditemu,Nak diajak pd Allah yg satu.
Orang Tabligh,Jalan bawak periuk belanga,Dipandang org takat sebelah mata,Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,Walaupun kekadang pedih gak telinga,Nabi dulu2 pun kan selalu kena,Dituduh dusta, dipanggil gila,Itu Nabi, apatah lagi kita,Yg banyak salah,yg banyak dosa,Takpe2, Allah kan ada,Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.
Orang Tabligh,Kekadang buat silap...adat la manusia,Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,Terpancung, terlaser..sori,bukannya sengaja,Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.
Orang Tabligh,Ada kat mana2,Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,Dari petani, engineer, sampai la Raja,Pelbagai adat, perangai beza2,Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.
Orang Tabligh,Nak hidupkan sunnah Nabi,Janggut, jubah,seluar atas buku lali,Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,Kekadang tu kena gak perli,"Kita skang kan di zaman IT""Tak main la sunnah2 nih!"Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,Kang menyesal esok, sapa yg rugi?Kan diri sendiri..
Orang Tabligh,Manusia biasa, ada hati,Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah,bergurau dgn bini,Or ajak anak main lari2,Or layan PS2 sampai pagi,Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,Kena korban lagi dan lagi,Yela..hidup ni kan cuma sekali,Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) ,bila lagi?
Orang Tabligh,Malam2 doa hidayat,Fikir risau,camne nak selamatkan umat,Supaya di akhirat suk semua selamat,Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,Tak perlu susah2,tak perlu keringat,N tak mau plak jumpe masyarakat,Just bz buat ibadat,Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".
Orang Tabligh,"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??"Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,Sape saja yg bawak kebenaran,Tak kisah la orang Arab ke bukan,Sume kena bagi sokongan,Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,So x jadik masalah la kan?
Orang Tabligh,Ajak keluar 3 hari,"I can't go..sorry!"Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,Berderai2 air mata keluar mcm air pili,"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!"Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon,jadik lemah seluruh sendi,Kes2 camni mmg byk terjadi,Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),""no prob.,anytime kamiready!"Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,Wife mana la yg tak happy,Heh..ni la realiti,Bab dunia,tak yah diajak pun semua pakat2 reti,Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli,Ya Allah selamatkan lah kami!
Orang Tabligh,Bukan nak takhta,harta, ataupun kuasa,Atau nak berlagak mcm dah tera,Tak jugak nak kafirkan sape2,Atau sibuk2 pergi mintak derma,Cuma nak amalkan agama yg sempurna,Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,Nak selamatkan manusia kesemuanya,Dari kena masuk neraka,Nak supaya Allah redha,masukkan kita dlm syurgaNya,Itu saja...
Orang tabligh,Seluruh dunia...naik kapalterbang. ..pakai selipar jepun sahaje...Ikhlas,..no sponsor....no subsidy.....passport penuh cop many countries..Ade yang kerja tukang kebun sahaja...nak tanya nafkah batin?Balik dari keluar, macam pengantin baru...sama seperti balik dari fardhu haji........ ..Sayangkan bini tingal-tinggalkan. ..sayangkan anak...rotan digantungkan. .....sunnah nabi...bukan untuk mendera...speed limit sahaja...kenapa sibuk dakwah orang..keluarga, anak isteri belum betul lagi..Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...kalau Nabi Nuh ikut teoritersebut,tak naik bahteralah jadiknye...Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...tak buat dakwahlah Nabi....tak sampailah Islam ke M'sia ni...
Orang Tabligh,Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah..itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.You can't blame the teachers.You have to blame the distortions andignorance of their followers.Balighuanni walau ayah...Saidina Abu Bakarreceived the first kalimat terus buat dakwah...if he waits tunggu complete ilmu,he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.Global politic & economy with no borders & chauvinism,M'sian, New Yorkers & Palestinians

Saturday 27 September 2008

..:: Tarikh Lahir dan Rahsianya ::..

  • Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

  • Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30

Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul dengannya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

  • Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29

Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.

  • Tarikh Lahir pada 4, & 13

Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

  • Tarikh Lahir pada 5 & 17

Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu Dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan. Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

  • Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27

Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

  • Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31

Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

  • Tarikh Lahir pada 8 & 23

Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

  • Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21

Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

  • Tarikh Lahir pada 12 & 19

Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

  • Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26

Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

  • Tarikh Lahir pada 22 & 25

Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara