Monday 13 October 2008

Peringatan Untuk Wanita

Segala apa yang diciptakan oleh Allah SWT diciptakanuntuk kita semua. Kita semua pula dijadikan untuksuatu maksud yang mulia, untuk membawa sifat-sifatyang mulia di dalam diri kita. Jangan kita lupa maksudkita kerana itulah keunggulan kita. Selagi kitamenunaikan maksud ini Allah SWT akan memberi faedahdaripada segala ciptaannya. Kalau kita abaikan maksudkita, kita tidak akan dapat manfaat daripada rupa danbentuk iaitu wang, rumah, kecantikan, dsb. Malah kitaakan dapat kerugian.

Maksud kita dihantar ke dunia ini bukan sekadar silakimencari makan dan siperempuan masak, tapi adalahbagaimana kita boleh bawa agama kepada diri kita danseluruh alam. Dari hari pertama kerasulan, RasulullahSAW tidak berseorangan, tetapi bersamanya adalahKhadijah RdA (seorang perempuan), Abu Bakar RdA(seorang lelaki), Ali KW (seorang budak), Zaid RdA(seorang hamba). Setiap macam orang dapat difahamkanmaksud hidup mereka.

Yang paling awal masuk Islam adalah kaum wanita(Khadijah RdA). Yang paling awal korban nyawa untukagama adalah kaum wanita (Sumaiyyah RdA). Yang palingawal korban harta untuk agama adalah kaum wanita(Khadijah RdA).

Selepas Rasulullah SAW berjumpa Jibril AS, dipeluk,dsb. dan mendapat kenabian, yang beri dorongan utamadan sympathiser utama adalah Khadijah RdA. Dia memujukRasulullah SAW dan membawanya berjumpa pakciknyaWaraqah bin Naufal, yang mengatakan bahawa itulahmalaikat seperti yang datang kepada Musa AS, dan kalaudia muda dia akan ikut Rasulullah SAW dan bersamaBaginda SAW bila kaum Baginda SAW menghalau BagindaSAW. Rasulullah SAW ketakutan, dan Khadijah RdAbersimpati dan berakhlak baik dan dengan itu dapatsediakan hati Rasulullah SAW untuk memikul kenabian.Sejarah menunjukkan bahawa Nabi-nabi AS yang mendapatsokongan isteri-isteri mereka Rda lebih berhasil.

Wanita mempunyai kuasa yang besar. Kalau wanitaberagama, maka agama akan tersebar ke seluruh manusia.Wanita diperbuat daripada tulang rusuk kiri. Tulangini dekat dengan hati - wanita sangat mudah untukmempengaruhi lelaki. Sebab itulah musuh Islammenggunakan wanita untuk rosakkan Islam - merekamerosakkan wanita-wanita Islam.

Wanita mempunyai tanggungjawab yang besar. Wanitalebih ramai di dunia ini - wanita adalah 2/3 daripenduduk dunia. Kalau wanita beragama bermakna 2/3dunia beragama. Walaupun tiada nabi wanita, tetapisetiap nabi AS lahir daripada wanita. Ada nabi AStiada bapa tapi tiada yang tiada ibu. Wanitalah yangmemberi dorongan dan didikan. Anak-anak dibentuk olehibu.

Allah SWT telah beri wanita hikmah dan kebijaksanaanbagaimana nak ambil kerja dari orang lain. Misalnya,dia boleh suruh dan pujuk suami atau anak supaya pergike kedai 5 atau 10 kali. Bila ini digunakan untukagama, mustahil suaminya atau anaknya tidak beragamajika dikehendaki oleh seseorang wanita itu. Gunalahhikmah dan kebijaksanaan ini supaya rumahtangga kitajadi tempat tersebarnya hidayat. Kalau tidak, ia akanjadi tempat tersebarnya kesesatan.

Sahabat Amar bin Jamuh RdA mempunyai kaki yang tempangtetapi hati yang ingin keluar ke jalan Allah SWT dimedan Uhud. Isterinya sedih dan inginkan supaya beliaudapat pergi. Isterinya gunakan hikmah sindiran denganmengatakan bahawa beliau bukan betul-betul nak pergisangat. Dengan itu, Amar bin Jamuh RdA pergi berjumpaRasulullah SAW dan desak juga supaya dibenarkan pergi.Beliau ingin berjalan di syurga dengan kakinya yangtempang. Setelah dibenarkan, beliau pergi dan syahiddi Uhud. Isterinya pergi ke Uhud untuk membawa mayatsuaminya untuk ditanam di Madinah, tetapi unta yangmembawa mayat itu tidak mahu pulang ke Madinah. Biladitanya Rasulullah SAW, isterinya memberitahu yangbeliau telah doa tiga kali supaya beliau tidak kembalike keluarga. Rasulullah SAW beritahu yang doa beliautelah diterima. Beliau dikebumikan bersama parasyuhada' di Uhud.

Keinginan sahabiah RdA adalah supaya mereka bangun dihari qiamat dipanggil ibu kepada syahid, isteri kepadasyahid, dsb. Hari ini keinginan kita adalah bagaimanakita dapat rumah besar, dsb. Setiap sahabiah RdAberkeinginan untuk ahli keluarga mereka syahid lebihdaripada keinginan kita untuk rumah besar. Ini semuakerana cinta mereka kepada Allah SWT dan RasulullahSAW.

Ketika Uhud wanita-wanita telah mendengar khabar anginbahawa Rasulullah SAW telah wafat. Mereka bertanyakepada orang-orang yang balik daripada Uhud, mengapamereka balik! Kalau begitu biarlah mereka yang balikini memakai gelang-gelang mereka (yakni jadiperempuan) dan biarlah mereka yang pergi ke Uhud!Seorang wanita RdA diberitahu bapanya syahid, suaminyasyahid, dan seterusnya, tetapi beliau bukan nak tahuini - yang beliau nak tahu adalah samada RasulullahSAW selamat. Bila beliau mengetahui yang RasulullahSAW selamat, beliau syukur yang Rasulullah SAWselamat, yang bermakna agama selamat. Jika RasulullahSAW tak selamat walaupun suaminya dsb. selamat, ugamatak juga selamat. Beginilah semangat mereka.

Sekiranya wanita mahu kembangkan agama di dalamrumahnya, Allah SWT akan buat sebab Allah SWT telahberi kebolehan kepada mereka. Di tempat saya adaseorang doktor yang isterinya kuat agama, dan diaingin menyuruh suaminya simpan janggut. Dia telahbermesyuarat dengan isteri tukang rambut danmenyuruhnya datang ke rumah dan tajamkan pisau. Bilasuaminya bertanya kenapa, dia kata dia nak cukurrambutnya. Suaminya kata, "Eh, hodoh!" dan dia kata,"Abang lagi hodoh sebab potong sunnah Rasulullah SAW".Dengan itu suaminya mula simpan janggut. Allah SWTberi wanita kelebihan dan kebijaksanaan untuk bawaagama.

Wanita mempunyai tiga tanggungjawab. Yang pertamaadalah ketaatan kepada suami. Ini sebahagian agamayang besar. Kalau seorang wanita tidak taat kepadasuaminya, ibadatnya tidak diterima. Amal-amal lebihanyang hendak dibuat perlu minta izin suami, kalautidak, tak dapat pahala. Apabila ada taat, ini menjadiasbab untuk suami-isteri berdua beragama dalam rumahdan berdua dalam syurga, di mana katil isteri sebelahkatil suami. Kecantikan isteri lebih daripada jumlahkecantikan bidadari, nurnya lebih daripada jumlah nurbidadari, cintanya lebih daripada jumlah cintabidadari, dan semua ini untuk selama-lamanya. Taatsuami adalah penting. Sahabat RdA ingin sujud kepadaRasulullah SAW. Baginda SAW beritahu bahawa jika AllahSWT benarkan sujud kepada selain daripadaNya, BagindaSAW akan meyuruh isteri-isteri sujud kepada suamimereka. Apabila isteri taat kepada suami dan mempunyaiazamah (kebesaran) suami, ibadatnya diterima dansifat-sifat baik datang. Kasih-sayang pun datang danmembawa kemakmuran rumah-tangga. Kalau tidak,sebaliknya berlaku. Usahakanlah sifat taat ini.

Memang tanggungjawab suami adalah untuk cari makan,tempat tinggal dsb. tapi kalau kerana usaha agama diatak dapat nak tunaikan hak itu, isteri tak bolehtuntut. Sekali isteri-isteri Rasulullah SAW memintahak mereka, dan Rasulullah SAW asingkan diri BagindaSAW daripada mereka selama sebulan. Berita angin yangRasulullah SAW telah menceraikan isteri-isteri BagindaSAW telah tersebar, dan sahabat-sahabat RdA menangis.'Umar RdA pergi minta izin untuk berjumpa RasulullahSAW; tiga kali beliau RdA mencuba. Beliau RdA berkatayang beliau RdA bukan nak berpehak kepada anaknyaHafsah RdA, tetapi nak bincang perkara-perkarapenting, barulah beliau RdA dibenarkan masuk. Setelahberbincang panjang, 'Umar RdA berkata bahawa wanitamereka (Muhajirin) telah terpengaruh oleh wanitaMadinah dan Rasulullah SAW pun senyum dan tak berapamarah lagi. Apabila ditanya samada Baginda SAW telahmenceraikan isteri-isteri Baginda SAW, Baginda SAWtelah menafikannya. 'Umar RdA minta izin untukmenghebohkan bahawa Rasulullah SAW tidak menceraikanisteri-isteri Baginda SAW. Ayat Qur'an telah turunyang bermaksud: Wahai Nabi, beritahu isteri-isterikamu kalau mereka terima keadaan-keadaan sekarangbolehlah kekal isteri, atau kalau tidak, boleh lepas.Semua isteri Rasulullah SAW menangis dan minta maafdan tak nak apa-apa.

Agamalah yang memberi hak kepada wanita. Kalau agamaada, adalah hak untuk wanita. Kalau tak, tak ada.Kalau orang sibuk untuk agama ini, dan kita minta hakpula, ini kezaliman besar. Pada hari kiamat, bukanmereka disoal, tapi kita disoal.

Wanita ada usul, lelaki pun ada usul. Kalau wanitasalah atau silap, janganlah kita marah. Sekali dirumah 'Aisyah RdA telah datang hidangan madu dariisteri lain untuk Rasulullah SAW. 'Aisyah telah balingmadu itu tapi Rasulullah SAW tak marah. Kita kenabentuk mereka - seperti Rasulullah SAW, Baginda SAWbiasa uli tepung, bersihkan rumah dsb. Hari ini kalauisteri kita sakitpun, dia kena kerja juga. Janganlahbegitu.
Agamalah yang beri kepada kita hak. Tapi hak agamamelebihi hak semua orang. Bila agama makin lenyap,maka lebihlah diperlukan kita memenuhi hak agama. Hariini agamalah yatim yang terbesar - tak ada rumah yangmahu terima agama. Agama macam seorang bernama AbdulGhafur yang dibesarkan dalam suasana di mana kalaukesalahan dibuat, ditegur oleh orang-orang tua.Kemudian orang-orang tua dah mati dan tinggallah AbdulGhafur. Apabila dia membuat teguran, orang-orang mudatak terima dan disuruh keluar. Abdul Ghafur menangis.Dia berjumpa orang lain - Lala - yang bertanya sebabapa dia menangis. Lala pula bersimpati dengan AbdulGhafur dan mengajaknya datang ke rumahnya danmengatakan bahawa dia terima Abdul Ghafur.


Begitulahhari ini dalam rumah orang Islam tak ada tempat untukagama, tapi ada orang lain yang haus yang terima. Hariini orang Amerika terima agama, dan orang Eropahterima agama, tapi orang Islam buang agama. Allah SWTtak perlukan kita; kita perlukan Allah SWT. Kalau kitatak mahu agama, Allah SWT boleh tendang kita dangunakan orang lain untuk sebarkan agama.

Tanggungjawab kedua para wanita adalah supayamentarbiyah anak secara Islam, dan mendorongorang-orang lelaki keluar ke jalan Allah SWT. Seramaimana orang lelaki keluar sebanyak itulah agama masukke dalam rumah dan sebanyak itulah keamanan dankemakmuran di dalam rumah. Tanggungjawab ketiga adalahuntuk menghidupkan agama dalam diri. Akhlak baik dansifat malu harus dipupuk. Sembahyang lima waktu harusdijaga pada waktunya. Zikir dibuat pagi dan petang.Masa ditetapkan untuk bacaan Qur'an. Masa ditetapkanuntuk taalim harian. Dengan cara ini, rumah jadi macammasjid, iaitu amal rumah jadi macam amal masjid. Rumahdemikian dirahmati dan rahmat tersebar ke rumah-rumahlain.

Kalau kita terima dan peluk agama yang yatim, sepertiHalimatussa'diah terima dan peluk Rasulullah SAW yangyatim, yang menyebabkan rumahnya dipenuhi berkat danrahmat, rumah-rumah kita juga dipenuhi berkat danrahmat. Oleh itu doronglah orang lelaki rumahpuan-puan untuk keluar dan tertiblah diri puan-puanbeberapa bulan sekali untuk keluar bersama laki-laki.Di tempat kami, ada orang-orang miskin mendoronglelaki mereka keluar: "Allah SWT pelihara kami danabang." Bila mereka habis wang dan nak balik, isterimereka kata jangan balik dulu - mereka akan jahit,dsb., dan hantar duit kepada suami. Bila mereka balikAllah SWT tambahkan berkat di rumah.

Wanita dibenarkan bekerja untuk jalan Allah SWT,seperti sahabiah-sahabiah RdA. Kalau keadaan tak cukupkerana agama - wanita dibenarkan kerja, tapi untukbesarkan dunia - tak dibenarkan. Sekali Hassan RdAsakit, dan Ali KrW dan Fatimah RdA nazar untukberpuasa tiga hari. Ali KrW pergi jumpa seorang yahudidan ambil upah buat benang daripada kapas. Fatimah RdAtolong. Dapat upah bijirin dan buat tiga biji roti.Bila nak buka puasa datang seorang fakir dan mintasedekah. Tiga biji roti diberikan dan mereka bukapuasa dan sahur dengan air dan tamar. Hari keduadiambil upah lagi dan roti dibuat, dan kali ini datangseorang miskin minta sedekah bila nak buka puasa. Rotidiberikan lagi. Hari ketiga diambil upah lagi dan rotidibuat, dan kali ini datang seorang tawanan pula mintasedekah bila nak buka puasa. Roti diberikan lagi. Harikeempat Rasulullah SAW datang, dan lihat Fatimah RdApucat. Allah SWT turunkan ayat dalam surah Adh-Dhahrmemuji Ali KrW dan Fatimah RdA. Ia jadi asbab untukagama tersebar.

Hari ini agama dalam keadaan teruk dan kita masihsibuk menambah harta, dan tak benarkan suami keluar kejalan Allah SWT. Macamana agama akan tersebar!?
Berilah nama untuk pergi negara jauh dan untuk suami.Kami nak lihat macamana masturat-masturat lama di sinibuat kerja. Masa pun dah habis walaupun benda nakcakap tak habis. Wanita yang beri suami keluar padahari kiamat akan dibangkitkan dengan keluarga anbia',siddiqin, syuhada' dan salihin. Wanita yang sediakantempat tidur suami untuk keluar akan masuk syurga limaratus tahun dahulu daripada suami mereka yangkeluar...

TiDaK!!!!!!

Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak. Jangan jadi terlalu 'sweet? saya mungkin jatuh hati kepada awak. Seseorang yang membuatkan awak jatuh hati padanya sebenarnya menyayangi awak lebih daripada awak menyayangi dia.

Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada hidup kamu, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih... terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurannya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah apabila risiko yang tidak kita ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu tidak akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada peluang kedua. Bererti masa tidak menunggu kita. Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan is berlalu begitu sahaja. Jangan tertangguh kerana takut kelak jika dibiarkan berlalu maka anda akan menyesal sebgitu sahaja.

Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankan. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita.

Terdapat bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk diabaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana anda berada. Ini bermakna orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi dan pada masa yang lain ada orang yang tahu dia tidak bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya.

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut risiko atau cabaran yang bakal mendatang. Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.

Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepda orang yang anda sayangi dan cintai. Beritahu mereka dan biarkan mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka kepada anda. Anda akan rasa lebih yakin dan puas. Malah, anda juga kan rasa bangga terhadap diri anda kerana telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan dan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati hati anda kerana akibatnya hanya anda yang sengsara, bukan orang lain.

Salah satu cabaran yang paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi ia masih sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya. Cinta itu adalah berasakan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda. Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cintai itu. Seterusnya diikuti dengan perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang kita cintai seada mereka walaupun dari hari ke sehari manusia sentiasa berubah.