Friday 24 April 2009

UnTuK TaTaPaN sEmUa.......


  • semua orang ada jodoh @ pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dr anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya

  • jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

  • ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat.teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh .

  • seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti "magnet" yang menarik bakal pasangan anda kepada anda

  • daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni.berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

  • agar mudah orang sayang , cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfaar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

  • sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda.jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

  • orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu pasangannya bila-bila masa. justeru , kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa.tanggapan pertama adalah yang terpenting.

  • untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya.untuk perempuan,wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertamanya. sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda

  • buka hati dan mindBolda anda untuk menerima cinta. cinta boleh berputik pada bila-bila masa. cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

  • cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. justeru perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

  • kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan penuh gelombang fikiran ini secara berteruskan hingga berjaya.

  • ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. perkara yang baik disegarakan (iaitu menyatakn perasaan anda kepada pasangan)

  • tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. orang lelaki akan sentiasa merasakna mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang memulakan.

  • berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata , hati dan bahasa badan. elakkan bercakap sambil lewa @ kurang sopan terhadap bakal pasangan.

  • berbual dengan pasangan dengan mesra seperti apa yang dia suka. berikan tumpuan kepada minat dan perasaannya. elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri

  • layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

  • makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah kita menceritakan hal dirinya kepada kita.

  • berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. buang perangai yang menyebabkan orang benci kita

  • beri sayang untuk mendapat sayang. orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci @ tidak tertarik kepada kita. justeru buang semua benci.. Jangan Ada Benci

No comments: