Friday 31 July 2009

9 Pembaziran Yg Sering Kita Lakukan...

"Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada 9 pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:

Ilmu pengetahuan- Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan- Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.Kekayaan- Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati- Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.Tubuh badan- Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta- Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa- Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal- Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.Zikir.- Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Wallahu'alam.

No comments: